Akaun mybook.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KEMPEN DAPATKAN PA SISTEM SEKOLAH PEDALAMAN

KEMPEN DAPATKAN PA SISTEM SEKOLAH PEDALAMAN

KEMPEN #BANTUDAPATKAN PA SISTEM SEKOLAH PEDALAMAN, SABAH

SISTEM Siaraya sangat penting untuk sesebuah sekolah bagi memudahkan pelbagai urusan komunikasi menyeluruh secara terus kepada semua pelajar dan ia merupakan keperluan kepada sekolah ini kerana ia adalah nadi pengurusan sekolah dalam menyampaikan maklumat kepada semua sekolah.


RASIONAL MEMOHON UNTUK WUJUDNYA SISTEM SIARAYA

1. Membolehkan bacaan doa oleh pengawas bertugas pada setiap pagi sebelum kelas bermula


2. Digunakan untuk memasang alunan zikir & bacaan al-Quran pada setiap pagi


3. Memudahkan sebarang maklumat atau pengumuman sampai terus kepada guru dan pelajar


SEKOLAH INI TIDAK ADA KELENGKAPAN PA SISTEM DALAM SURAU



Pihak Raudhah Rizq dan juga pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Bakal Penyumbang. Doa dari tuan/puan juga amatlah diharapkan agar projek Sistem Siaraya ini dapat di wujudkan dengan jayanya.

Memahami bahawa projek ini adalah infaq dari tuan/puan, pihak sekolah akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kesemua peralatan ini diselenggara dengan baik untuk bertahan lebih lama dan dimanfaatkan sebaiknya agar pahala berterusan mengalir kepada tuan/puan. Insya Allah

Jazakumullahu Khairal Jaza Wabarakallahu Fikum, Amin...